Thursday, August 26, 2010
GOOD REMINDER.. GAS TANK
Do you know that LPG gas cylinders have expiry dates? Expired LPG cylinders are not safe for use and may cause accidents. In this regard, ! please be cautious at the time of accepting any LPG cylinder from your vendor.
Here is how we can check on the expiry ! of LPG cylinders: On one of three side stems of the cylinder, the expiry date is coded alpha numerically as follows: A or B or C or D and some two digit number following this, e.g. D06.
The alphabets stand for quarters -
1. A for March (first quarter),
2. B for June (second quarter),
3. C for September (third quarter), &
4. D for December (fourth quarter).
The digits stand for ! the year till it is valid..Hence D06 would mean December quarter of 2006. Please return back the cylinder that you get with an expired date. They are prone to leaks and other hazards.
This second example of D13 allows the cylinder to be in use until December 2013.
Kindly pass this email to every one, and create awarenes amongst the public.
awisma
Sunday, August 22, 2010
Makanan Ada Lemak Babi
KESEMUA YG DI DALAM GAMBAR MENGANDUNGI LEMAK KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.
Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain. untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati website
http://www.halaljakim.gov.my/
Mengapa JAKIM tidak buat pengumuman di media massa ? Perkara seperti ini perlu di war-warkan...
awisma
Monday, August 16, 2010
TEMPAT SEKOLAH ANAK LUAR NIKAH BAKAL DIDIRIKAN DILANDA RIBUT
JASIN, 13 Ogos — Dua orang peniaga bazar Ramadan terbunuh menakala 17 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut di pekarangan Stadium Jasin di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam berkata peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, dari Kampung Gong Merang, Terengganu dan Abdul bin Omar, 73, dari Air Merbau di sini.
“Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala terkena khemah sepanjang 20 kaki dan 20 kaki lebar yang diterbang ribut,” katanya kepada Bernama.
Mahadi merupakan peniaga martabak manakala Abdul peniaga cendol. Sebanyak 30 buah khemah didirikan di bazar tersebut.Che Suza berkata tiga mangsa mengalami cedera parah dan masing-masing di rawat dirawat di Hospital Melaka, Hospital Jasin dan Hospital Pakar Putra dekat sini.
“Manakala 14 lagi cedera ringan dan dirawat di Hospital Jasin sebagai pesakit luar,” katanya.
Seorang peniaga yang terselamat, Farim Rosli, 32, berkata ribut yang kuat menerbangkan hampir kesemua khemah di situ.
“Tiba-tiba ribut datang, terbangkan khemah tempat saya berniaga. Nasib baik saya dapat mengelak daripada terkena tiang besi kaki khemah yang diangkat ribut, kalau tidak, tak tahulah macam mana nasib saya,” katanya.
Beliau berkata orang ramai dan peniaga bertempiaran lari menyelamatkan diri.
“Sepanjang tujuh tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kami (peniaga) dilanda rebut yang cukup dahsyat, walaupun dalam tempoh yang tidak lama,” katanya.
Seorang pengunjung, Fatimah Hassan, 32, berkata ketika kejadian beliau sedang membeli juadah dan keadaan ketika itu begitu kelam kabut dengan masing-masing cuba lari menyelamatkan diri.
”Saya bersyukur kerana tidak cedera walaupun nyaris-nyaris terkena tiang besi kaki khemah,” katanya.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ahli Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah, Anggota Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Hassan Rahman melawat mangsa kejadian. — Bernama
posted by Bujang Susah
awisma
Tuesday, August 10, 2010
SALAM RAMADHAN
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pengunjung blog ini. Semoga dengan kehadiran ramadhan ini akan lebih menginsafkan diri kita dan membuatkan kita lebih memahami erti puasa dan kesusahan yangdialami oleh saudara2 seagama yang lebih susah dan tidakbernasib baik seperti kita.
Semoga puasa tahun ini juga akan menjadi puasa yang terbaik dalam hidup kita serta diterima oleh Allah SWT, dan keberkatan di bulan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Banyak2kan bersedekah dan berzikir kerana ia boleh menyucikan diri dan jiwa kita sepenuhnya.
Dan juga banyakkan berdoa supaya kita dapat bertemu dengan satu malam yang penuh barakah yang dikurniakan kepada umat nabi Muhammad SAW iaitu malam Lailatul Qadar yang mana amalan yang dilakukan pada malam itu dikira lebih baik daripada 1000 bulan, InsyaAllaah...
Di sini juga saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada tersilap kata, tersalah bicara, dan segala ter...ter... saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan...
Salam Ramadhan buat semua....
awisma
Friday, August 6, 2010
Gambar Lucah
Cerita ini berlaku di salah sebuah sekolah di lembah klang.... Seorang pelajar ditangkap kerana memiliki gambar lucah... apabila ditanya oleh guru... maka bermacam2 lah alasan dan cerita yg direka oleh pelajar terbabit..
kes yang ke dua juga seumpamanya.... iaitu ada cover cd lucah...
kes yang ke tiga.... seorang pelajar lelaki telah meraba alat sulit seorang perempuan...
kes yang ke empat.... seorang murid lelaki melakukan aksi makan "ais krim"
kes ke lima..... dua orang murid melakukan aksi "main himpap2"...
Mungkin aksi2 dan perkara2 ini bukan satu kejutan bagi sesetengah pihak dengan kekangan yg diberikan kepada pihak sekolah dalam menjalankan penguatkuasaan di sekolah.....
Tapi yang agak merisaukan penulis.... diberitahu bahawa semua kes yang dipaparkan ini adalah berlaku atau melibatkan murid tahun 1 dan tahun 2....
Secara jujurnya saya sebagai cikgu yang masih berbaki lagi jiwa sebagai cikgu amat terkejut dan tergamam apabila semua itu dilakukan oleh anak2 generasi kita yang masih lagi berumur lingkungan 7-8 tahun, yang sepatutnya menumpukan pada pelajaran @ setidak2nya bermain bola @ bermain basikal...
Lihatlah betapa 'advance'nya anak2 kecil kita......
Marilah kita tak kira apa statuspun cuba memainkan peranan dalam mendidik anak bangsa...
Sudah puas saya memikirkan di mana silapnya menyebabkan berlakunya kes2 yang sedemikian...
SAMA2 LAH KITA RENUNGKAN....
sumber boleh dipercayai dan dirahsiakan...
awisma
Wednesday, August 4, 2010
Berbuka Puasa Bersama Nuffnang di The Apartment, KLCC
Tujuan sesi berbuka puasa ini diadakan adalah untuk mengeratkan silatulrahim di antara para blogger beragama Islam dan kakitangan Nuffnang yang berada di sebalik tabir perkhidmatan menjual ruang-ruang iklan di blog anda. Selain itu, para blogger juga boleh mengambil kesempatan ini untuk bertemu dan bergaul di antara satu sama lain terutamanya bagi mereka yang tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi telah lama membaca blog sesama diri.
Para blogger juga berpeluang menjamu selera dengan hidangan Buffet Ramadhan yang disediakan khas oleh The Apartment yang mengutarakan sajian Negeri Sembilan dan Perak sebagai tema utama tahun ini. Antara sajian yang bakal menunggu para blogger yang hadir adalah daging salai masak lemak, rendang ayam Kuala Pilah, ikan kembung masak tempoyak asam, kuih sepang kukus dan banyak lagi!
Hidangan-hidangan ini semua khas disediakan Chef Rafizi Shariff yang berasal dari Negeri Sembilan dan cukup terkenal dengan masakan Melayu, Perancis dan antarabangsa.
Ayuh, sekiranya anda ingin menyertai Sesi Berbuka Puasa Bersama Nuffnang, hantarkan email kepada berbukapuasa@nuffnang.com dengan nama penuh dan URL blog anda. 15 blogger pertama yang menghantar emel kepada kami akan dijemput untuk menghadiri sesi berbuka puasa ini. Bagi tujuan mengeratkan hubungan para blogger di dalam komuniti kami, jemputan ini hanyalah untuk seorang sahaja. Ini akan memberi peluang kepada lebih ramai blogger untuk menghadiri sesi ini. Sesi berbuka puasa ini adalah esklusif untuk ahli-ahli Glitterati sahaja.
Nuffnang ingin mengucapkan ‘Selamat Menjalankan Ibadah Puasa’ kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh negara.
awisma
Sunday, August 1, 2010
bukan rezeki memancing
Bukan aku tak bersyukur
Tapi....
Aku juga manusia biasa....
Tak dapat lari dari rasa kekecewaan
Minggu lepas rm30 000 dikira (bilang) depan mata
Minggu ni pulak
melepas lagi
Rm5 000 jadi milik orang lain pulak
Yang paling aku tak tahan
Orang tu betol2 berada di tepi sebelah kiri aku
Bila aku sembang ngan dia
katanya
dia
tak tahu baling umpan
tak tahu buat umpan
tak tahu ikat mata
dan
tak pernahturun mancing kat luar
kecuali
masuk bertanding sahaja
tapi
aku tak akan menyerah
akan ku berjuang
hingga ke mata pancing
yang terakhir
InsyaAllah
kejayaan pasti datang