Tuesday, August 10, 2010

SALAM RAMADHAN



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pengunjung blog ini. Semoga dengan kehadiran ramadhan ini akan lebih menginsafkan diri kita dan membuatkan kita lebih memahami erti puasa dan kesusahan yangdialami oleh saudara2 seagama yang lebih susah dan tidakbernasib baik seperti kita.
Semoga puasa tahun ini juga akan menjadi puasa yang terbaik dalam hidup kita serta diterima oleh Allah SWT, dan keberkatan di bulan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Banyak2kan bersedekah dan berzikir kerana ia boleh menyucikan diri dan jiwa kita sepenuhnya.

Dan juga banyakkan berdoa supaya kita dapat bertemu dengan satu malam yang penuh barakah yang dikurniakan kepada umat nabi Muhammad SAW iaitu malam Lailatul Qadar yang mana amalan yang dilakukan pada malam itu dikira lebih baik daripada 1000 bulan, InsyaAllaah...

Di sini juga saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada tersilap kata, tersalah bicara, dan segala ter...ter... saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan...

Salam Ramadhan buat semua....
awisma

No comments: