Saturday, September 25, 2010

Dinar Emas

Assalamualaikum, Hai,
Dah lama rasanya saya x meng up date blog ni....
Saya ada cerita terbaru yang dah lama sebenarnya. Bukan saya nak berniaga tetapi nak berkongsi tentang dinar emas.
Setahun yang lepas saya telah membeli 3 keping dinar emas yang berharga RM489/dinar. Oleh kerana pada waktu itu saya amat memerlukan wang tunai maka saya telah menjualkannya kepada seorang kenalan. Sehingga itu, saya tidak lagi memperdulikan apa2 yang berkaitan dengan harga emas atau dinar emas.
Setahun kemudian.......
Setelah kerajaan kelantan melancarkan dinar emas kelantan, saya kembali tertarik dengan dinar emas ini. Secara otomatik saya teringat kembali pada dinar emas yang saya jual pada kenalan tersebut.
Tahukah Tuan2 berapa harga pada masa itu.... RM595/dinar.

Alangkah ruginya kurasakan.....
tapi itu mungkin satu pengajaran buat diri saya sendiri...
Tahukan tuan2 berapakah harga semasa pada masa saya menulis artikel ini. dalam masa 3 hari harga RM595 telah meningkat kepada RM606/dinar.
Alangkah beruntungnya mereka yang menyimpan dinar....
Sama-salah kita mengambil keuntungan ini....
awisma78

No comments: