Wednesday, July 7, 2010

Stress


Grrrrrrrrhhhhhhhhh!!!
Huaaaaaahhhhhhhhhhh!!!
Tensionnyerrrrrrrrr!!!
Serabutnya........!!!

Seperti biasa apabila kehendak kita tak dipenuhi ataupun pun kelaziman bagi kita terubah secara drastik (tiba-tiba), selalunya akan menyebabkan kita tidak berpuas hati dan memberontak.

kesan daripada perasaan tidak berpuas hati inilah yang menimbulkan STRESS yang mana jika tidak ditangani dengan betul dan berkesan akan mengakibatkan kita mengambil jalan singkat @ jalan pintas yang membuatkan kita menyesal sendiri, dan juga tidak dapat menyelesaikan masalah malah akan menambahkan lagi STRESS yang ada.

Menurut beberapa pakar motivasi, banyak faktor yang menyebabkan STRESS. Antara yang popular yang ingin dikongsi penulis:
1. menyimpang dari agama
2. suka bantah membantah

Langkah-langkah mengatasi (cadangan dan perkongsian)
1. telah terbukti apabila manusia lalai dan meninggalkan agama maka jiwa tidak akan merasa tenang. ini berlaku kerana manusia dilahirkan dengan beberapa fitrah yg dikurniakan Allah. antaranya a) makan minum b)tidur c) hidup secara berpasangan dan juga d) agama(ketuhanan).
justeru apabila manusia meninggalkan agama maka dengan sendiri jiwa akan menjadi resah dan tidak menentu.
Oleh itu untuk menyelesaikan masalah ini kita harus mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan solat-solat sunat, sentiasa berzikir, baca al-Quran, dan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada Allah seumpama Nabi Yusuf sanggup tinggal di penjara bagi menenangkan jiwa dengan beribadat kepada Allah. Wallahua'lam.

2. Sikap ini adalah sikap orang yang sombong. orang sebegini berasa dirinya sempurna(perfect), walhal memang sedia maklum segala makhluk di muka bumi ini tidak akan sempurna malahan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. tidak mendengar nasihat, pendapat atau pandangan orang lain.. maka apa yang difikirkan dan dilakukan tidak akan sempurna sepertimana yg lain. Inilah yang menimbulkan STRESS. cara yg terbaik untuk mengatasi STRESS ini ialah dengan muhasabah diri-sendiri dan juga cuba mendengar pandangan dan pendapat orang lain sebelum membuat keputusan dan paling utama JANGAN segan silu untuk bertanya atau meluahkan jika ada masalah.
awisma

No comments: